Berani dan biadapnya DAP hari ini adalah kerana mereka disokong dan dibentengi oleh barua-barua Melayu. Barua Melayu ini sanggup buat apa saja demi DAP. Kedudukan sebagai menteri bagi mereka sudah cukup untuk ditunggang DAP. DAP selamat bermakna kerusi mereka juga selamat. Membentak DAP yang menyebabkan DAP kecundang akan menyebabkan pangkat dan jawatan mereka juga kecundang. Inilah ciri utama barua Melayu.
Bukan mereka tidak pelajari sejarah. Sejarah telah bertintahitamkan peranan barua-barua sehingga tumpasnya kesultanan Melayu Melaka. Barua-barua Melayu yang sesat berpolitik, memilih jalan dendam, fitnah dan belot untuk menjahanamkan bangsanya sendiri. Di depan mata para munafikin ini, kafirin dilihat serba benar dan mulia setelah ditawarkan pangkat dan wang emas. Lalu terlontar kata-kata sesat lagi jahaman, “kafir yang jujur lebih baik daripada muslim yang korup”. Kerana barua-barua Melayu inilah, watan menderita berabad-abad dijajah Portugis, Belanda dan Inggeris.
Sejarah berulang dengan watak yang berbeza. Penjajah Portugis yang minoriti boleh menang dek bantuan barua-barua Melayu. Penjajah British yang minoriti boleh bermaharajalela dek kerjasama dengan barua-barua Melayu. Dan hari ini,kaum minoriti boleh menuntut segala dengan kuasa dek sokongan barua-barua Melayu.
Barua-barua ini akan menyokong dan meluluskan apa sahaja kehendak DAP. Kementerian-kementerian utama? Peguam Negara? Ketua Hakim? Speaker? Hak beragama sebebasnya? UEC? Keluarlah apa sahaja daripada mulut DAP, para barua ini sanggup bertikam dengan bangsa sendiri.
Sedang menunggu ialah Islam pada IC, hak murtad, hak LGBT hinggalah hak pilihanraya kerajaan tempatan. Agenda Malaysian Malaysia DAP sedang berjalan dengan lancarnya atas trek dengan sokongan barua-barua Melayu.
Berpaksikan fikiran liberal , barua-barua ini tidak kisah hak agama sendiri dihalang. RUU355 merekalah petualang. Hak bahasa mengikut perlembagaan Negara, dicemari mereka apa peduli. Institusi kesultanan diserang, mereka berlagak umpama lembu kenyang. Nantinya, difaraidkan pula tanah Melayu yang sekangkang kera. Saban hari kerjanya ialah mencelakakan nasib bangsa.
Kini Mendeliar dan Si Kitol Melayu telah mendapat wang emasnya. Mereka telah membakar negeranya. Peduli apa kera di hutan disusukan, anak di pangkuan ditinggalkan. Peduli apa ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Peduli apa diberi betis, hendakkan peha. Seperti Belanda diberi tanah. Berkerat rotan berpatah arang sesama seagama. Dengan kafirin, kain buruk yang carik pun dijahit semula.
Sialnya hidup berpetualang. Habis negeri diambil orang. Tak cukup dengan Temasik. Tanah Jawi habis diusik. Di mana lading hendak menebas. Lama disimpan kini membuas.
*#NekadBersamaIslam*
*#PRU15UntukIslam*
BayangDiAir
MR : Barua Melayu ok lagi kalau dah jadi barua Islam hanya tunggu laknat Allah....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/



©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :



0 Comments