Denmark menguatkuasa undang-undang mengharamkan wanita berniqab, dan sekiranya membantah peraturan itu hukuman denda dikenakan.
Peraturan itu menetapkan, memakai burqa yang menutup seluruh muka, atau niqab, yang cuma menunjukkan mata, di tempat umum dikenakan denda sehingga 1,000 kroner (RM635).
Larangan juga memasukkan aksesori lain yang menutup muka seperti janggut palsu. Kesalahan berulang boleh didenda sehingga 10,000 kroner (RM6,365).
Semalam, seorang wanita menjadi individu pertama didenda kerana memakai niqab selepas undang-undang itu dikuatkuasakan Rabu lalu.
Wanita berusia 28 tahun berkenaan didenda selepas dikecam seorang wanita lain yang cuba memaksa membuka niqabnya.
Kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Horsholm, 25 kilometer dari utara Copenhagen.
Bagaimanapun undang-undang baru itu menimbulkan bantahan dan kritikan dalam kalangan kumpulan hak asasi manusia.
Amnesty International menyifatkan undang-undang itu sebagai diskriminasi terhadap hak wanita, terutama wanita Islam yang memilih memakai burqa.
Pengharaman pemakaian niqab telah dikuatkuasakan di Perancis, Austria, Bulgaria dan Bavaria, sebuah negeri di Jerman. –Agensi
MR : Umat Islam negara kita belum sedar, selepas tersempit nanti baru mereka nak bersatu....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/



©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :






0 Comments